Assalamualaikum w.b.t.
Hai hampa semua :)
Pertama sekali chekfadz nak cakap yang chekfadz ni bukanlah seorang pakar veterinar.
Tujuan entry ini lebih pada nak kongsi sedikit pengalaman dan tips jika kucing hampa dah on heat dan nak dekat beranak.
Tujuan entry ini lebih pada nak kongsi sedikit pengalaman dan tips jika kucing hampa dah on heat dan nak dekat beranak.
TANDA-TANDA KUCING SEDANG ON HEAT
Seperti manusia, tahap kesuburan seekor kucing agak berbeza bergantung pada tahap kesihatan dan 'kegebuan' seseekor kucing. Kucing biasanya akan mengalami peringkat esterusnya/on heat apabila berat badan mereka telah mencapai 80% dari berat dewasanya. Kebiasaanya kucing akan mengalami kematangan pada usia 6 - 12 bulan tapi ada ja seawal usia 4 bulan dah start on heat. Macam Rose kucing betina Chekfadz tu bila umur dia masuk 6 bulan dia start dah on heat dia, bunyi 24 jam sehari nak cari jantan >_<!!
Antara tanda-tanda kucing betina sedang on heat:
- Sentiasa resah dan akan mengaluarkan bunyi yang agak nyaring berbanding kebiasannya.
- Akan menggesel-gesel badan dekat orang ataupun objek.
- Tiada selera makan dan minum
- Bulu gugur
- Dalam kes-kes tertentu, kucing juga boleh menjadi sukar dikawal seperti akan mencari peluang untuk keluar mencari jantan. Macam kes Chekfadz, Chekfadz lupa nak kunci satu tingkap ni. pagi-pagi subuh Rose tolak tingkap bilik dan terjun dari tingkat satu. Sedar-sedar ja nampak tingkap tu dah terbuka sikit. Dah berjaya lolos dah budak Rose ni -_-!!
Kebiasaannya tempoh on heat akan berlarutan selama dua minggu jika proses mating tidak berlaku.
Tapi jika hampa pasti si betina sedang on heat dan mating telah berlaku, kucing akan mengalami fasa ''quiet'' dimana ia akan kelihatan tenang dari biasa. Dan jika kehamilan berlaku, kita akan dapat lihat beberapa tanda-tanda awal sepeti puting bertukar menjadi warna pink (jika tidak hamil, puting berwarna putih), gemar tidur dan berehat serta selera makan yang tinggi.
Jika si betina tidak bunting, selepas tempoh ''quiet'' berakhir, kucing akan mula on heat kembali dan proses ini akan sentiasa berulang.
Baru 6 bulan anak oii -_-b |
Beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian jika si betina sedang bunting, antaranya:
- Elakkan memberi sebarang ubat (seperti ubat cacing, kutu, kurap dan sebagainya) dan suntikan vaksinasi kerana ubat ini sifatnya panas dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada si ibu dan kandungan. Jika perlu, dapatkan nasihat dari doktor veterinar terlebih dahulu.
- Jika perlu memandikan si betina, haruslah di lakukan dengan cermat dan teliti.
TANDA-TANDA KUCING MAHU BERANAK
Kebiasaanya si betina akan bunting selama 63-65 hari. Beberapa minggu sebelum beranak, perut si betina akan membesar menyerupai buah pear dan agak jatuh. Dan si betina mula kerap mencari tempat-tempat tersorok dan selamat untuk dijadikan tempat untuk melahirkan. Jadi sebagai mama si bulus, ada beberapa perkara yang harus disediakan agar proses melahirkan berjalan dengan lancar.
Antaranya:
- Sediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk si ibu seperti sangkar/kotak dan terlindung dari binatang dan anak kecil.
- Alaskan sangkar dengan kertas/surat khabar/tisu/kain. Masa Rose nak beranak hari tu Chekfadz alaskan dengan tuala dan ia tidak berapa praktikal sebab segala darah dan air ketuban melekat dekat tuala tu dan memberi bau yang tidak berapa menyenangkan...hahaha Tapi ikutlah pada diri masing-masing
- Jangan letak sebarang litter tray berhampiran kerana jika si ibu beranak dalam litter tray yang berisi pasir, risiko untuk kitten mati adalah tinggi.
- Sediakan sarung tangan, gunting yang bersih dan wet tissue. Just in case kalau si ibu mengalami kesukaran untuk melahirkan anak.
- Elakkan memegang anak kucing secara terus. Jika perlu gunakan sarung tangan/alas.
- Selepas proses melahirkan , si ibu kebiasaanya tidak akan meninggalkan anak mereka. Jadi sediakan bekas makanan dan minuman seberapa hampir dengannya.
- Perlu berhati-hati kerana ada ketikanya si ibu akan memakan anak kucingnya sendiri.
- Seeloknya biarkan si ibu membersihkan anak-anaknya dengan sendiri tanpa gangguan kerana jika kerap diganggu akan mendatangkan stress pada si ibu.
- Jika kittens telah lahir tapi si ibu duduk dalam keadaan seperti posisi seekor singa dan kelihatan tidak selesa, berkemungkinan terdapat lagi anak yang belum lahir atau placenta/uri yang tertinggal. Jika perlu urut bahagian perut di ibu dengan cermat.
- Kebiasannya proses melahirkan tidak lebih dari 24 jam, jika terlalu lama segeralah mendapat khidmat nasihat dari doktor veterinar.
Alhamdulillah, Rose dan anak-anak selamat dan semua berjalan dengan lancar :) |
Si Hud tu tengah aim dekat si kecik tu ke >-<!! |
Rose beranak waktu tengah hari, alhamdulillah lebih kurang sejam ja semua tiga ekor anak dia selamat. Nasib baik dia pandai nak urus anak dia (jilat dan bersihkan anak-anak, makan uri/placenta). Tapi Chekfadz pelik sampai ke petang Rose tak keluar sangkar untuk makan, mimun dan poopee. Bila letak makanan dekat dengan dia, habis satu mangkuk tu air dia minum.. sian dia penat ye :) Esoknya baru Chekfadz nampak dia poopee. Rupanya dia tak mau tinggal anak-anak dia. Bagus Rose ni.
Kalau hampa perasan yang kucing hampa buat tak endah ja dekat anak-anak dia, hampa boleh tolong:
- guntingkan tali pusat kitten tersebut (anggaran 1cm dari perut dengan menggunakan gunting yang bersih)
- lapkan bahagian muka dan hidung kitten agar kitten tidak lemas
- usahakan agar si ibu memberi susu kepada kitten. Kalau si ibu tak nak susukan kitten, paksa dia susukan takut si anak mati kelaparan. Jika tidak, segeralah mencari ibu tumpangan bagi kittens tersebut atau membeli susu yang dikhaskan untuk kucing di pet shops berdekatan anda.
- letakkan kitten berhampiran si ibu untuk memberi haba tapi pastikan si ibu tidak menghempap si anak. Risiko untuk kitten lemas adalah tinggi.
- jangan berada terlalu dekat dengan si ibu dan anak-anak kerana di khuatiri si ibu merasakan ianya satu ancaman dan akan mencuba untuk alihkan anak-anaknya
Dari kanan: Tuah (sulung), Benji (angah), April (bongsu) |
Sepanjang dua minggu selepas melahirkan, jika hampa perasan ada darah keluar dari bahagian kemaluan kucing hampa, jangan panic. Situasinya sama macam darah nifas perempuan yang baru lepas melahirkan anak. Tapi jika darah tersebut terlalu pekat atau berwarna seakan-akan nanah segeralah berjumpa doktor veterinar kerana takut jika terdapat masalah lain.
Rose buat perangai alih anak atas lantai, takmau bawak masuk dalam sangkar sebab panas barangkali >-<!! |
Nasib Abdul Hud ni rajin melayan anak-anak. Tapi kena hati-hati jugak takut dia gurau kasar... Hahaha |
TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING
- Anak kucing boleh mula makan dan minum seawal usia 4 minggu
- Anak kucing boleh diberikan ubat cacing apabila berusia 4 minggu
- Anak kucing tidak digalakkan untuk berpisah dari ibu sehingga berusia 3 bulan. Ini kerana mereka akan mula belajar cara untuk membersihkan diri, makan, minum dan poopee dari ibu mereka.
- Pastikan anak kucing bebas dari sebarang kutu dan hama. Jika mereka dijangkiti, pastinya dari ibu mereka sendiri. Si ibu boleh diberi suntikan vaksin dan ubat kutu seawal usia anak 4 minggu.
- Si ibu boleh on heat semua seawal dua minggu selepas melahirkan dan kalau boleh elakkan dari dimatingkan semua.
- Elakkan memandikan anak kucing sebelum mereka berusia 8 minggu.
Ni ubat cacing yang Chekfadz guna untuk kittens. Boleh diberikan seawal usia 2 minggu tapi Chekfadz bagi waktu depa dah berumur 4 minggu. Tu pon lepas tanya doctor veterinar. |
Ni serba sikit pengalaman Chekfadz waktu Rose bunting dan beranak bulan April 2017 hari tu. Semua tips yang diberikan adalah hasil tunjuk ajar dari kawan-kawan dan doktor veterinar yang arif dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Harap dapat membantu hampa semua.
Jika berlaku sebarang kemuskilan, boleh merujuk kepada doktor veterinar di tempat hampa.
Terima Kasih.
Bye!