Wednesday, 19 April 2017

Cat Tips: Fungus Kucing

Assalamualaikum w.b.t.

Hai hampa semua :)

Pertama sekali chekfadz nak cakap yang chekfadz ni bukanlah seorang pakar veterinar.
Tujuan entry ini lebih pada nak kongsi pengalaman dan sedikit tips tentang jangkitan fungus.

APA ITU FUNGUS?

Fungus adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat (Dermatophyte Microrporum canis) dan boleh menyerang kucing/anjing. Kebiasannya kawasan yang sering dijangkiti adalah sekitar muka (terutama di kepolak mata dan bawah dagu), belakang telinga,ekor dan kaki kucing. Jika fungus ini dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera, ia akan berubah menjadi kurap dan boleh menjangkti manusia terutamanya kanak-kanak.

CARA NAK KENALPASTI JANGKITAN FUNGUS PADA KUCING
  1. Kucing kerap MENGGARU sehingga LUKA
  2. Kawasan yang dijangkiti menjadi BOTAK DAN KEMERAH-MERAHAN atau MENGGERUTU DAN BERWARNA KELABU KEHITAMAN
  3. BERKELEMUMUR
  4. Terasa BERKERAK bila disentuh menggunakan jari
  5. BULU GUGUR dengan banyak
  6. KUKU menjadi HITAM
  7. Bahagian SCROTUM menjadi HITAM
Macam kes si Hud kesayangan chekfadz ni, ada kucing jalanan datang rumah terus terkam dia ajak gaduh. Kesian Hud , menggigil-gigil sampai terkencing terberak penuh bulu  ~T_T~

Lepas bersihkan Hud, chekfadz perasan ada luka dekat kepolak mata dia.
Chekfadz cepat-cepat sembur JUSZ SPRAY taknak bagi luka melarat.

Sebulan lepas tu, perasan dekat tempat luka sebelum ni dia jadi makin kurang bulu.

Dekat belakang telinga pon sama,
Hud selalu garu-garu telinga dia, kadag-kadang sampai luka.
Bila belek kan, ada kelemumur dekat kawasan botak tu.
Masa ni, bulu tak payah cakap la memang gugur tahap tak tau nak buat apa dah. Memang kena sentiasa sikat dari kebiasaannya :(

CARA RAWATAN

1.JUSZ SPRAY SUPERCAT

Ok, benda ni memang best! Jusz spray ni dia act as waterless bath. Contoh setiap dua minggu sekali kita bagi kucing mandi kan, Sementara nak tunggu dua minggu seterusnya, kita boleh spray la benda ni dekat bulu. Nak sembur hari-hari pon takpa. Boleh spray dekat tangan/kain lepas tu sapu dekat bulu (macam pakai minyak rambut tu) atau spray direct dekat bulu kucing lepas tu gosok sampai sekata. 

Selain tu, JUSZ SPRAY ni bagus untuk luka-luka kecil, penyakit kulit yang tak serius dan juga kutu. Selama chekfadz guna benda ni, Alhamdulillah Hud and Rose serasi. Bulu depa pon bertambah gebu and shiny, kutu pon payah nak lekat. Chekfadz pon pernah try benda ni untuk bersihkan kotoran bawah mulut Rose dulu and its work. Luka dekat kening Hud lepas kena cakar dengan kucing jalanan tu pon lepas sehari dah kering takda parut. 

Btw, untuk 150ml ni tahan berbulan tau, up to 500 sprays. Sebab chekfadz tengah guna product ni, sebab tu chekfadz berani recommend product ni suruh hampa guna. Memang best!

JUSZ SPRAY (RM 31.80) and JUSZ PLUS+ (RM 49.90) dari SUPERCAT
2. CUKA EPAL

Untuk kucing yang dijangkti fungus:
  1. campurkan cuka epal dengan air bersih (nisbah 1:1 atau 1 tb cuka epal dengan 1tb air bersih).
  2. Basahkan bola kapas dengan campuran ini dan sapu di kawasan fungus/botak,
  3. Lakukan dua kali sehari selama seminggu.
ATAU
  1. Campukan 1/4 cawan cuka epal ke dalam bekas mandian kucing yang telah diisi air suam.
  2. Basah dan rendamkan kucing selama 10 minit.
  3. Keringkan bulu kucing dengan betul.
Cuka epal ni bersifat asid dan panas, adalah penting untuk mencampurkan air bersih sebab takut menyakiti kucing. Lagi satu, bau cuka epal ni agak 'kuat' tau, tahan sikit la hidung tu ya.  Setakat ni, chekfadz sapu ni dekat kawasan botak Hud tu, seminggu lebih dah nampak bulu-bulu tumbuh.

Di samping fungus, cuka epal ni pon mujarab untuk rawat kutu dan hama, earmites, batu karang dll penyakit lagi, cuma nisbah dan cara penggunaannya adalah berbeza. Nanti ada masa chekfadz cerita pasal 1001 kebaikan cuka epal ni ya :)

BRAGG APPLE CIDER VINEGAR (RM 24.78)
Bekas spray tu chekfadz beli dekat Daiso ja dalam RM5.90 ,
campurkan cuka epal dengan air bersih (nisbah 1;1)
 lepas tu spray dekat cotton ball ,
sapu dekat tempat botak.
SETTLE!

Lepas mandi dan bilas,
rendam bulus hampa dalam campuran cuka epal dan air suam
Bukan kata fungus, segala kutu  semua lari
Betul tak Hud... ^o^
 3. BEDAK ANTIBACTERIAL AIKEN

Bila chekfadz tau ja Hud kena fungus, terus chekfadz buat operasi bersihkan rumah. Cage dan lantai semua chekfadz lap/mop guna clorox. Tapi pastikan dah kering baru bagi bulus hampa main tau.

Kalau hampa guna litter box, please, pastikan litter box tu sentiasa diselenggara segala harta karun. Sebab dekat sini lah kebanyakkan kuman dan bacteria beranak-pinak bina rumah tangga -_-  
Cara chekfadz, chekfadz cuci litter box guna Dettol dan Clorox lepas tu keringkan tengah panas. Bila dah letak pasir baru, chekfadz taburkan sikit bedak Aiken antibacterial ni. Kalau kucing hampa ada masalah ear mites pon boleh apply tau tips ni. :) 


Chekfadz tak ingat harga bedak ni,
tapi sangat mudah didapati di mana-mana pasaraya dan drug store.
4. MEDICATED SHAMPOO (cth: Malaseb atau sebarang shampoo antifungus )

Mandikan kucing yang dijangkiti fungus dengan shampoo medicated sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kesan terbaik.

  1. Mandikan kucing dengan shampoo ini dengan urut/garukan perlahan selama 15 minit.
  2. Bilas dengan air suam lalu keringkan 

Terutamanya yang mempunyai kucing berbulu panjang, tolonglah keringkan kucing hampa sekering-keringnya. Bila bulu tak kering, bacteria sangat-sangat suka. Nanti mulalah dapat macam-macam penyakit kulit. Boleh guna pet blower atau hair dryer (yang ada cool shot button) untuk keringkan bulus-bulus hampa ya :)

5. KRIM/PIL ANTIFUNGUS

Krim antifungus boleh didapati di klinik veterinar atau petshop dengan serendah RM5 (vet. kerajaan)
  1. Sapukan dikawasan dijangkiti dua kali sehari. 
  2. Jika perlu, pakaikan kolar pada kucing untuk menggelakkan kucing menggaru/jilat
ATAU

Pil antifungus merupakan cara paling berkesan setakat ini untuk merawat fungus kerana ia mematikan kulat both luaran dan dalaman.

  1. 1/2 biji untuk kucing dewasa dan 1/4 biji untuk kitten 3 bulan keatas.
  2. Diberi selama seminggu sahaja.
  3. Kemudian kucing akan berada di dalam fasa penyembuhan dengan sendirinya.
  4. TETAPI jika fungus terlalu teruk, selepas seminggu pengambilan pil, rehat seminggu, kemudian minggu ke-3 teruskan semula.
  5. Proses ini diulang sehingga sembuh.
6. BREWERS YEAST WITH GARLIC

Brewer yeast ni function dia untuk menguatkan dan menggebukan bulu kucing. Dan bila adanya garlic di dalam brewers yeast, ia juga dapat mengelakkan kucing dari dihinggapi kutu dan hama sebab parasites sangat tak suka kandungan garlic yang ada dalam brewers yeast tu. 

Ikut pengalaman chekfadz, Hud dan Rose takda masalah nak makan brewers yeast ni. Masa mula-mula dulu, kena hancurkan lepas tu tabur dalam makanan depa, tapi sekarang letak ja dalam bekas makanan and depa akan makan macam makan kibbles. And this product work well. Bulu dekat kawasan fungus pon dah tumbuh balik and sejak bagi Hud and Rose brewers yeast ni, bulu memang makin gebu and bertambah gemok. SO WHY NOT YOU TRY THIS PRODUCT.

Jenama Brewers Yeast yang chekfadz guna
Sebiji sehari untuk seekor kucing pon dah ok 

Hai, saya la Rose # ^_^ #

Makin gemok budak Hud ni sejak dua menjak ni...
So far, chekfadz dah try semua product dekat atas (except no 4 and 5) ni and Alhamdulillah, they all works well and masalah fungus Hud dan tak ada plus bulu Hud bertambah-tambah baik and cantik.

Untuk sebarang masalah kulit yang lebih rumit, sila rujuk veterinar tempat hampa juga ya and suntikan antifungus boleh didapati di veterinar so that kucing hampa ada antobodi untuk melawan fungus pada masa akan datang. Chekfadz harap 6 product and tips ni dapat membantu hampa yang tengah pening dengan masalah fungus and bulu gugur. 

Terima Kasih. 

Bye!

10 comments:

  1. Hai salam tuan punya page.. boleh saya share tip tuan untuk org ramai?

    ReplyDelete
  2. Kucing saya kena fungus, tapi mcm x kebah fungus nya. Dah letak krim dah spray anti fungal pun mcm masih ada kelumumur. Yg lain okay. Seekor ni je mcm x lut dengan ubat. Sedih saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kebah ke blm fungus kucing tu... sy ada try kat kucing sy pakai michiko punya spray.... kucing kampung alhamdulillah x sampai semingggu ada nampak perubahan... bulu pun nmpak cantik... harga michiko tu below rm 30....

      Delete
  3. الحمد لله Alhamdulillah
    terima kasih byk2.. baru ingt nak pegi klinik, rsanya benda yg sama ni.. pening kepala kejap.. nk try dlu brewers yeast

    ReplyDelete
  4. Dah try guna cuka epal plus air tu, nmpk dah hitam bekas luka kesan fungus tu. Sebelum tu dah try guna krim dan spray fungus. X berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. sekarang mcm mana ye? Okay x guna apple cider vinegar tu?

      Delete
  5. Apple cider vinegar Klo brand lain blh Jgn ke

    ReplyDelete
  6. ya allah sakitnya kena kurapp...mogasihat2 saja hendaknya..

    ReplyDelete
  7. Salam cik fadz. Kucing saya dah 5 Kali follow up vet. Fungus pd badan Susah nak Kering sbb dia suka jilat bdn. Dah lion cut , mkn ubat anti fungus , suntik ,mkn antibiotics. Doctor ckp sepatutnya dah baik. Jika tak baik juga next appointment perlu rujuk specialist. Colour dah pakai ,tapi pandai ja dia jilat hingga bulu bergumpal. Kulit jadi berkerak .
    Doctor cukur lagi bulu smlm. Doctor kata kulit "adik" MCM ada berdebu. Adik tak la berguling dlm pasir clumping.
    Soalan saya
    Adakah ken pasir clumping Tu?
    Nak ke specialist memang beban kpd saya kena saya x boleh drive jauh.
    Ada tak cadangan pasir clumping yg sesuai tapi tak mahal SANGAT?
    Saya ada Beli tufo, tapi dia tak nak guna sbb baru kuat
    Pening saya
    Boleh tak vantu saya😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing dh ok ke? utk pasir,blh try multicat pnya.. kcing sy pkai yg tu je,dh msuk 8 thun umurnya..

      Delete

Assalamualaikum...
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU Pon Jadilah... Hehehehe.....