Saturday 29 July 2017

Cat Tips: On Heat dan Proses Malahirkan

Assalamualaikum w.b.t.

Hai hampa semua :)

Pertama sekali chekfadz nak cakap yang chekfadz ni bukanlah seorang pakar veterinar.
Tujuan entry ini lebih pada nak kongsi sedikit pengalaman dan tips jika kucing hampa dah on heat dan nak dekat beranak. 

TANDA-TANDA KUCING SEDANG ON HEAT

Seperti manusia, tahap kesuburan seekor kucing agak berbeza bergantung pada tahap kesihatan dan 'kegebuan' seseekor kucing. Kucing biasanya akan mengalami peringkat esterusnya/on heat apabila berat badan mereka telah mencapai 80% dari berat dewasanya. Kebiasaanya kucing akan mengalami kematangan pada usia 6 - 12 bulan tapi ada ja seawal usia 4 bulan dah start on heat. Macam Rose kucing betina Chekfadz tu bila umur dia masuk 6 bulan dia start dah on heat dia, bunyi 24 jam sehari nak cari jantan >_<!!

Antara tanda-tanda kucing betina sedang on heat:
  1. Sentiasa resah dan akan mengaluarkan bunyi yang agak nyaring berbanding kebiasannya.
  2. Akan menggesel-gesel badan dekat orang ataupun objek.
  3. Tiada selera makan dan minum
  4. Bulu gugur
  5. Dalam kes-kes tertentu, kucing juga boleh menjadi sukar dikawal seperti akan mencari peluang untuk keluar mencari jantan. Macam kes Chekfadz, Chekfadz lupa nak kunci satu tingkap ni. pagi-pagi subuh Rose tolak tingkap bilik dan terjun dari tingkat satu. Sedar-sedar ja nampak tingkap tu dah terbuka sikit. Dah berjaya lolos dah budak Rose ni -_-!!
Kebiasaannya tempoh on heat akan berlarutan selama dua minggu jika proses mating tidak berlaku. 

Tapi jika hampa pasti si betina sedang on heat dan mating telah berlaku, kucing akan mengalami fasa ''quiet'' dimana ia akan kelihatan tenang dari biasa. Dan jika kehamilan berlaku, kita akan dapat lihat beberapa tanda-tanda awal  sepeti puting bertukar menjadi warna pink (jika tidak hamil, puting berwarna putih), gemar tidur dan berehat serta selera makan yang tinggi.

Jika si betina tidak bunting, selepas tempoh ''quiet'' berakhir, kucing akan mula on heat kembali dan proses ini akan sentiasa berulang.

Baru 6 bulan anak oii -_-b
Beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian jika si betina sedang bunting, antaranya:
  1. Elakkan memberi sebarang ubat (seperti ubat cacing, kutu, kurap dan sebagainya) dan suntikan vaksinasi kerana ubat ini sifatnya panas dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada si ibu dan kandungan. Jika perlu, dapatkan nasihat dari doktor veterinar terlebih dahulu.
  2. Jika perlu memandikan si betina, haruslah di lakukan dengan cermat dan teliti. 

TANDA-TANDA KUCING MAHU BERANAK

Kebiasaanya si betina akan bunting selama 63-65 hari. Beberapa minggu sebelum beranak, perut si betina akan membesar menyerupai buah pear dan agak jatuh. Dan si betina mula kerap mencari tempat-tempat tersorok dan selamat untuk dijadikan tempat untuk melahirkan. Jadi sebagai mama si bulus, ada beberapa perkara yang harus disediakan agar proses melahirkan berjalan dengan lancar. 

Antaranya: 
  1. Sediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk si ibu seperti sangkar/kotak dan terlindung dari binatang dan anak kecil.
  2. Alaskan sangkar dengan kertas/surat khabar/tisu/kain. Masa Rose nak beranak hari tu Chekfadz alaskan dengan tuala dan ia tidak berapa praktikal sebab segala darah dan air ketuban melekat dekat tuala tu dan memberi bau yang tidak berapa menyenangkan...hahaha Tapi ikutlah pada diri masing-masing
  3. Jangan letak sebarang litter tray berhampiran kerana jika si ibu beranak dalam litter tray yang berisi pasir, risiko untuk kitten mati adalah tinggi. 
  4. Sediakan sarung tangan, gunting yang bersih dan wet tissue. Just in case kalau si ibu mengalami kesukaran untuk melahirkan anak.
  5. Elakkan memegang anak kucing  secara terus. Jika perlu gunakan sarung tangan/alas.
  6. Selepas proses melahirkan , si ibu kebiasaanya tidak akan meninggalkan anak mereka. Jadi sediakan bekas makanan dan minuman seberapa hampir dengannya. 
  7. Perlu berhati-hati kerana ada ketikanya si ibu akan memakan anak kucingnya sendiri.
  8. Seeloknya biarkan si ibu membersihkan anak-anaknya dengan sendiri tanpa gangguan kerana jika kerap diganggu akan mendatangkan stress pada si ibu.
  9. Jika kittens telah lahir tapi si ibu duduk dalam keadaan seperti posisi seekor singa dan kelihatan tidak selesa, berkemungkinan terdapat lagi anak yang belum lahir atau placenta/uri yang tertinggal. Jika perlu urut bahagian perut di ibu dengan cermat.
  10. Kebiasannya proses melahirkan tidak lebih dari 24 jam, jika terlalu lama segeralah mendapat khidmat nasihat dari doktor veterinar.
Alhamdulillah, Rose dan anak-anak selamat dan semua berjalan dengan lancar :)

Si Hud tu tengah aim dekat si kecik tu ke >-<!!
Rose beranak waktu tengah hari, alhamdulillah lebih kurang sejam ja semua tiga ekor anak dia selamat. Nasib baik dia pandai nak urus anak dia (jilat dan bersihkan anak-anak, makan uri/placenta). Tapi Chekfadz pelik sampai ke petang Rose tak keluar sangkar untuk makan, mimun dan poopee. Bila letak makanan dekat dengan dia, habis satu mangkuk tu air dia minum.. sian dia penat ye  :) Esoknya baru Chekfadz nampak dia poopee. Rupanya dia tak mau tinggal anak-anak dia. Bagus Rose ni.

Kalau hampa perasan yang kucing hampa buat tak endah ja dekat anak-anak dia, hampa boleh tolong: 
  1. guntingkan tali pusat kitten tersebut (anggaran 1cm dari perut dengan menggunakan gunting yang bersih) 
  2. lapkan bahagian muka dan hidung kitten agar kitten tidak lemas
  3. usahakan agar si ibu memberi susu kepada kitten. Kalau si ibu tak nak susukan kitten, paksa dia susukan takut si anak mati kelaparan. Jika tidak, segeralah mencari ibu tumpangan bagi kittens tersebut atau membeli susu yang dikhaskan untuk kucing di pet shops berdekatan anda. 
  4. letakkan kitten berhampiran si ibu untuk memberi haba tapi pastikan si ibu tidak menghempap si anak. Risiko untuk kitten lemas adalah tinggi.
  5. jangan berada terlalu dekat dengan si ibu dan anak-anak kerana di khuatiri si ibu merasakan ianya satu ancaman dan akan mencuba untuk alihkan anak-anaknya



Dari kanan: Tuah (sulung), Benji (angah), April (bongsu)
Hampa boleh letak jaring atau DIY macam Chekfadz buat sekeliling sangkar tu. Selain nak elakkan dikacau oleh Hud (dia geram dengan budak kecik tu ^0^), kepala kittens pon senang nak tersepit antara celahan sangkar tersebut.
Sepanjang dua minggu selepas melahirkan, jika hampa perasan ada darah keluar dari bahagian kemaluan kucing hampa, jangan panic. Situasinya sama macam darah nifas perempuan yang baru lepas melahirkan anak. Tapi jika darah tersebut terlalu pekat atau berwarna seakan-akan nanah segeralah berjumpa doktor veterinar kerana takut jika terdapat masalah lain.

Rose buat perangai alih anak atas lantai, takmau bawak masuk dalam sangkar sebab panas barangkali >-<!!

Nasib Abdul Hud ni rajin melayan anak-anak. Tapi kena hati-hati jugak takut dia gurau kasar... Hahaha

TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING 

  1. Anak kucing boleh mula makan dan minum seawal usia 4 minggu
  2. Anak kucing boleh diberikan ubat cacing apabila berusia 4 minggu
  3. Anak kucing tidak digalakkan untuk berpisah dari ibu sehingga berusia 3 bulan. Ini kerana mereka akan mula belajar cara untuk membersihkan diri, makan, minum dan poopee dari ibu mereka. 
  4. Pastikan anak kucing bebas dari sebarang kutu dan hama. Jika mereka dijangkiti, pastinya dari ibu mereka sendiri. Si ibu boleh diberi suntikan vaksin dan ubat kutu seawal usia anak 4 minggu.
  5. Si ibu boleh on heat semua seawal dua minggu selepas melahirkan dan kalau boleh elakkan dari dimatingkan semua.
  6. Elakkan memandikan anak kucing sebelum mereka berusia 8 minggu.
Ni ubat cacing yang Chekfadz guna untuk kittens. Boleh diberikan seawal usia 2 minggu tapi Chekfadz bagi waktu depa dah berumur  4 minggu. Tu pon lepas tanya doctor veterinar.
Ni serba sikit pengalaman Chekfadz waktu Rose bunting dan beranak bulan April 2017 hari tu. Semua tips yang diberikan adalah hasil tunjuk ajar dari kawan-kawan dan doktor veterinar yang arif dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Harap dapat membantu hampa semua.

Jika berlaku sebarang kemuskilan, boleh merujuk kepada doktor veterinar di tempat hampa. 

Terima Kasih.

Bye!

Wednesday 19 April 2017

Cat Tips: Fungus Kucing

Assalamualaikum w.b.t.

Hai hampa semua :)

Pertama sekali chekfadz nak cakap yang chekfadz ni bukanlah seorang pakar veterinar.
Tujuan entry ini lebih pada nak kongsi pengalaman dan sedikit tips tentang jangkitan fungus.

APA ITU FUNGUS?

Fungus adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat (Dermatophyte Microrporum canis) dan boleh menyerang kucing/anjing. Kebiasannya kawasan yang sering dijangkiti adalah sekitar muka (terutama di kepolak mata dan bawah dagu), belakang telinga,ekor dan kaki kucing. Jika fungus ini dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera, ia akan berubah menjadi kurap dan boleh menjangkti manusia terutamanya kanak-kanak.

CARA NAK KENALPASTI JANGKITAN FUNGUS PADA KUCING
  1. Kucing kerap MENGGARU sehingga LUKA
  2. Kawasan yang dijangkiti menjadi BOTAK DAN KEMERAH-MERAHAN atau MENGGERUTU DAN BERWARNA KELABU KEHITAMAN
  3. BERKELEMUMUR
  4. Terasa BERKERAK bila disentuh menggunakan jari
  5. BULU GUGUR dengan banyak
  6. KUKU menjadi HITAM
  7. Bahagian SCROTUM menjadi HITAM
Macam kes si Hud kesayangan chekfadz ni, ada kucing jalanan datang rumah terus terkam dia ajak gaduh. Kesian Hud , menggigil-gigil sampai terkencing terberak penuh bulu  ~T_T~

Lepas bersihkan Hud, chekfadz perasan ada luka dekat kepolak mata dia.
Chekfadz cepat-cepat sembur JUSZ SPRAY taknak bagi luka melarat.

Sebulan lepas tu, perasan dekat tempat luka sebelum ni dia jadi makin kurang bulu.

Dekat belakang telinga pon sama,
Hud selalu garu-garu telinga dia, kadag-kadang sampai luka.
Bila belek kan, ada kelemumur dekat kawasan botak tu.
Masa ni, bulu tak payah cakap la memang gugur tahap tak tau nak buat apa dah. Memang kena sentiasa sikat dari kebiasaannya :(

CARA RAWATAN

1.JUSZ SPRAY SUPERCAT

Ok, benda ni memang best! Jusz spray ni dia act as waterless bath. Contoh setiap dua minggu sekali kita bagi kucing mandi kan, Sementara nak tunggu dua minggu seterusnya, kita boleh spray la benda ni dekat bulu. Nak sembur hari-hari pon takpa. Boleh spray dekat tangan/kain lepas tu sapu dekat bulu (macam pakai minyak rambut tu) atau spray direct dekat bulu kucing lepas tu gosok sampai sekata. 

Selain tu, JUSZ SPRAY ni bagus untuk luka-luka kecil, penyakit kulit yang tak serius dan juga kutu. Selama chekfadz guna benda ni, Alhamdulillah Hud and Rose serasi. Bulu depa pon bertambah gebu and shiny, kutu pon payah nak lekat. Chekfadz pon pernah try benda ni untuk bersihkan kotoran bawah mulut Rose dulu and its work. Luka dekat kening Hud lepas kena cakar dengan kucing jalanan tu pon lepas sehari dah kering takda parut. 

Btw, untuk 150ml ni tahan berbulan tau, up to 500 sprays. Sebab chekfadz tengah guna product ni, sebab tu chekfadz berani recommend product ni suruh hampa guna. Memang best!

JUSZ SPRAY (RM 31.80) and JUSZ PLUS+ (RM 49.90) dari SUPERCAT
2. CUKA EPAL

Untuk kucing yang dijangkti fungus:
  1. campurkan cuka epal dengan air bersih (nisbah 1:1 atau 1 tb cuka epal dengan 1tb air bersih).
  2. Basahkan bola kapas dengan campuran ini dan sapu di kawasan fungus/botak,
  3. Lakukan dua kali sehari selama seminggu.
ATAU
  1. Campukan 1/4 cawan cuka epal ke dalam bekas mandian kucing yang telah diisi air suam.
  2. Basah dan rendamkan kucing selama 10 minit.
  3. Keringkan bulu kucing dengan betul.
Cuka epal ni bersifat asid dan panas, adalah penting untuk mencampurkan air bersih sebab takut menyakiti kucing. Lagi satu, bau cuka epal ni agak 'kuat' tau, tahan sikit la hidung tu ya.  Setakat ni, chekfadz sapu ni dekat kawasan botak Hud tu, seminggu lebih dah nampak bulu-bulu tumbuh.

Di samping fungus, cuka epal ni pon mujarab untuk rawat kutu dan hama, earmites, batu karang dll penyakit lagi, cuma nisbah dan cara penggunaannya adalah berbeza. Nanti ada masa chekfadz cerita pasal 1001 kebaikan cuka epal ni ya :)

BRAGG APPLE CIDER VINEGAR (RM 24.78)
Bekas spray tu chekfadz beli dekat Daiso ja dalam RM5.90 ,
campurkan cuka epal dengan air bersih (nisbah 1;1)
 lepas tu spray dekat cotton ball ,
sapu dekat tempat botak.
SETTLE!

Lepas mandi dan bilas,
rendam bulus hampa dalam campuran cuka epal dan air suam
Bukan kata fungus, segala kutu  semua lari
Betul tak Hud... ^o^
 3. BEDAK ANTIBACTERIAL AIKEN

Bila chekfadz tau ja Hud kena fungus, terus chekfadz buat operasi bersihkan rumah. Cage dan lantai semua chekfadz lap/mop guna clorox. Tapi pastikan dah kering baru bagi bulus hampa main tau.

Kalau hampa guna litter box, please, pastikan litter box tu sentiasa diselenggara segala harta karun. Sebab dekat sini lah kebanyakkan kuman dan bacteria beranak-pinak bina rumah tangga -_-  
Cara chekfadz, chekfadz cuci litter box guna Dettol dan Clorox lepas tu keringkan tengah panas. Bila dah letak pasir baru, chekfadz taburkan sikit bedak Aiken antibacterial ni. Kalau kucing hampa ada masalah ear mites pon boleh apply tau tips ni. :) 


Chekfadz tak ingat harga bedak ni,
tapi sangat mudah didapati di mana-mana pasaraya dan drug store.
4. MEDICATED SHAMPOO (cth: Malaseb atau sebarang shampoo antifungus )

Mandikan kucing yang dijangkiti fungus dengan shampoo medicated sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kesan terbaik.

  1. Mandikan kucing dengan shampoo ini dengan urut/garukan perlahan selama 15 minit.
  2. Bilas dengan air suam lalu keringkan 

Terutamanya yang mempunyai kucing berbulu panjang, tolonglah keringkan kucing hampa sekering-keringnya. Bila bulu tak kering, bacteria sangat-sangat suka. Nanti mulalah dapat macam-macam penyakit kulit. Boleh guna pet blower atau hair dryer (yang ada cool shot button) untuk keringkan bulus-bulus hampa ya :)

5. KRIM/PIL ANTIFUNGUS

Krim antifungus boleh didapati di klinik veterinar atau petshop dengan serendah RM5 (vet. kerajaan)
  1. Sapukan dikawasan dijangkiti dua kali sehari. 
  2. Jika perlu, pakaikan kolar pada kucing untuk menggelakkan kucing menggaru/jilat
ATAU

Pil antifungus merupakan cara paling berkesan setakat ini untuk merawat fungus kerana ia mematikan kulat both luaran dan dalaman.

  1. 1/2 biji untuk kucing dewasa dan 1/4 biji untuk kitten 3 bulan keatas.
  2. Diberi selama seminggu sahaja.
  3. Kemudian kucing akan berada di dalam fasa penyembuhan dengan sendirinya.
  4. TETAPI jika fungus terlalu teruk, selepas seminggu pengambilan pil, rehat seminggu, kemudian minggu ke-3 teruskan semula.
  5. Proses ini diulang sehingga sembuh.
6. BREWERS YEAST WITH GARLIC

Brewer yeast ni function dia untuk menguatkan dan menggebukan bulu kucing. Dan bila adanya garlic di dalam brewers yeast, ia juga dapat mengelakkan kucing dari dihinggapi kutu dan hama sebab parasites sangat tak suka kandungan garlic yang ada dalam brewers yeast tu. 

Ikut pengalaman chekfadz, Hud dan Rose takda masalah nak makan brewers yeast ni. Masa mula-mula dulu, kena hancurkan lepas tu tabur dalam makanan depa, tapi sekarang letak ja dalam bekas makanan and depa akan makan macam makan kibbles. And this product work well. Bulu dekat kawasan fungus pon dah tumbuh balik and sejak bagi Hud and Rose brewers yeast ni, bulu memang makin gebu and bertambah gemok. SO WHY NOT YOU TRY THIS PRODUCT.

Jenama Brewers Yeast yang chekfadz guna
Sebiji sehari untuk seekor kucing pon dah ok 

Hai, saya la Rose # ^_^ #

Makin gemok budak Hud ni sejak dua menjak ni...
So far, chekfadz dah try semua product dekat atas (except no 4 and 5) ni and Alhamdulillah, they all works well and masalah fungus Hud dan tak ada plus bulu Hud bertambah-tambah baik and cantik.

Untuk sebarang masalah kulit yang lebih rumit, sila rujuk veterinar tempat hampa juga ya and suntikan antifungus boleh didapati di veterinar so that kucing hampa ada antobodi untuk melawan fungus pada masa akan datang. Chekfadz harap 6 product and tips ni dapat membantu hampa yang tengah pening dengan masalah fungus and bulu gugur. 

Terima Kasih. 

Bye!

Sunday 16 April 2017

Cat Tips: For A beginner.

Assalamualaikum w.b.t. 

Hai hampa semua :)

Pertama sekali chekfadz nak cakap yang chekfadz ni bukanlah seorang pakar veterinar.
Tujuan entry ini lebih kepada nak kongsi pengalaman masa mula-mula jadi mama kepada anak-anak bulus chekfadz ni.

Sebenarnya tak plan pon nak bela kucing sebelum ni. Dulu kalau tengah makan, klau kucing cuit paha, siap jerit lagi sebab terkejut...huhuhu.. Bukan dalam ketegori fobia, tapi tah la.. gedik terlebih gamaknya.. -_-''
Tapi satu hari tu, mak chekfadz bawak balik seekor baby kitten suruh bela. Jengjengjenggg.... Lepas tu hidup chekfadz berubah 360 darjah

Rose The First ( D.O.B: 9 Julai 2016)
Comel kan dia. 

Bila nak bela kucing, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu, antaranya:

1) MAKANAN DAN MINUMAN:
Pilihlah makanan dan minuman yang sesuai ikut umur dan tahap sensitiviti kucing tersebut. Makanan kucing ada banyak jenis (dryfood, wetfood) dan jenama (commercial, premium, super premium, holistic). Beli la ikut ketebalan poket masing-masing ya. Ayam dan ikan rebus pon bagus untuk kucing :) 

Kalau kitten tu kecik dan masih memerlukan susu, bagi la susu yang bersesuaian ya. Ikut pengalaman chekfadz, mula-mula dulu chekfadz bagi Rose minum susu jenama Nespray. Nampak selera ja dia minum, tapi hakikatnya seminggu dia cirit muntah-muntah. Rupanya, susu lembu A BIG NO FOR CATS! :(  Perut kucing tak boleh digest lactose dari susu lembu tu and tak berkhasiat pon untuk dia. Tapi ada ja kucing yang ok bila bagi susu lembu. Seeloknya bagi susu kambing atau susu yang khas untuk kucing (ada dijual di petshop dan veterinar) 

2) TEMPAT BUANG NAJIS :
Ikut kesesuaian hampa prefer yang mana. Nak ajar guna tandas atau litter box (boleh guna pasir, kristal or wood pallet), anda tentukan. Masa mula-mula ambil Rose dulu, selamba ja dia berak kencing dekat ruang tamu, sabar ja lah chekfadz mengemop mengelap semua... Tak menahan, Rose siap teman lagi tunggu chekfadz siap mop. Kalau kucing hampa jenis macam Rose, kesabaran sangat diperlukan. Chekfadz dulu letak litter boxes banyak-banyak dekat tempat dia suka membuang, lepas tu slow-slow alihkan sampai dekat dalam toilet. Huhuhu sebulan jugak la. Alhamdulillah sekarang  Rose tak membuang merata dah.

3) SANGKAR DAN PET CARRIER
Sangkar dan pet carrier bukanlah  benda wajib ada pon. Kalau hampa jenis suka kucing roaming dalam rumah, sangkar ni tak ada pon takpa, begitu juga pet carrier (bagi memudahkan bawa kucing ke veterinar atau ke mana-mana). Macam Rose, chekfadz memang tak ajar dia masuk sangkar dari kecik, so bila beli sangkar dia buat perangai tak mau duduk -_-'' Hadooiihhh.... 

4) PARASITES (BOTH INTERNAL AND EXTERNAL) : 
contoh kutu, hama, earmites, cacing dll. Adalah penting untuk check segala kutu dan hama dekat bulu kucing, sebab benda-benda ni akan buat kucing hampa tak selesa, tergaru-garu dan boleh mengakibatkan bulu gugur dengan teruk. Kalau kucing hampa ada kutu dan cacing, boleh pergi ke veterinar minta Dr. bagi ubat cacing dan kutu. Tak silap RM5 untuk cacing dan kutu RM10 (ni kalau vet. kerajaan yaa...). Dekat petshop pon boleh dapat ubat cacing (jenis syrup dan pil, pastikan diberikan ikut sukatan dan berat kucing tau) dan kutu (jenis spray atau titis belakang leher), tapi pastikan baca label dulu sebelum guna. Btw, kucing mengandung tak boleh diberikan sebarang ubat tau, UBAT CACING, KUTU, VAKSIN A BIG NO FOR PREGNANT CATS! Takut memudaratkan pada kandungan. Untuk info lebih lanjut boleh bertanya kepada Dr. veterinar di tempat anda. :)

5) VAKSIN:
Macam manusia, kucing pon perlu divaksin ya. Harga vaksin berbeza ikut klinik. Kalau veterinar kerajaan, hanya RM 25.00 untuk seekor kucing. 

Bawah ini ada sedikit info berkenaan parasites kucing, vaksin dan pemandulan yang chekfadz ambil dari twitter Dr. Afiq (https://twitter.com/DrAfiqS). Boleh la usyar-usyar twitter dia ☺


 Haritu waktu pergi veterinar, chekfadz sempat snap senarai harga terkini tahun 2017 untuk rawatan bagi veterinar kerajaan. Harap info ini dapat membantu :)


harga terkini tahun 2017 untuk rawatan bagi veterinar kerajaan

So, these 5 antara yang hampa kena titikberatkan bila nak mula bela kucing, macam dryfood tu hampa boleh beli yang repack dulu and try bagi dekat kucing tengok dia serasi ka tak dengan perut dia. Kalau dah jumpa yang serasi, nak beli yang pack besar terus pon takda masalah.

Bagi zero beginner macam chekfadz ni, try dulu adopt stray cat/kucing kampung. Sebab nak bela kucing ni perlukan masa dan perhatian and pada pendapat chekfadz , jaga kucing kampung ni tak seleceh nak jaga kucing bulu panjang or mana-mana kucing baka mahal-mahal tu. Once hampa dah mahir sikit bab jaga kucing, nak bela anak rimau pon tak pa...huhuhu...

Ni gambar masa Rose umur 8 bulan, dari kucing biasa dah upgrade jadi DIVA KAMPONG hokeyyy....haha

Harap, lima tips ni dapat membantu hampa yang baru nak adopt/bela kucing...
Bye!